Guna Pam Vakum Untuk Besarkan Kemaluan

BeliLagi.Com » Artikel BeliLagi » Lelaki » Guna Pam Vakum Untuk Besarkan Kemaluan

ARTIKEL: Autocare | Buku | Ibu | Isteri | Lelaki | Rawatan | Suami Isteri | Wanita |

12th
Feb

Guna Pam Vakum Untuk Besarkan Kemaluan

Kategori » Lelaki | Hits: 117152 | Produk ID 1200373581

AndroPenis Alat Istimewa untuk Zakar


AndroPenis Alat Istimewa untuk Zakar Inginkan saiz zakar yang baru...LEBIH BESAR...LEBIH PANJANG...LEBIH TEGUH...gunakanlah andropenis yang akan memberikan anda pengubahan Saiz - Panjang, Besar dan Lurus secara kekal dan selamat. dan ianya Tiada kesan sampingan di samping perubahan yang kekal. Disyorkan oleh ramai pakar andrologi termasuk Dr. Ismail Tambi. Lihat Produk...
Tag: Andropenis , Besar , Panjang , Tegang , Lelakipower
Kategori: Produk Khas Lelaki Sebenar


Soalan

SAYA berusia 23 tahun dan bercadang melangsungkanperkahwinan setahun lagi. Saya pernah melakukan perbuatan yang tidak sepatutnya dengan kekasih tetapi tidak sehingga melakukan hubungan seks, cuma sentuhan pada organ seksual masing-masing.

Masalah yang saya hadapi ialah, kekasih merungut kemaluan saya kecil. Justeru, saya berhasrat mencuba krim dan juga pam vakum. Namun, selepas membaca pelbagai isu mengenai pil dan alat tiruan, saya menjadi takut.

ZIE
Tampoi, Johor

Jawapan

Memang isu saiz dan bentuk anggota sulit lelaki adalah topik yang hangat dan kerap dipertikaikan. Walaupun banyak kali diperjelaskan, masih ramai bertanyakan soalan sama kerana jahil.

Yang pertama, saiz dan bentuk anggota sulit lelaki tertakluk kepada baka, keturunan dan ketumbesaran yang sempurna. Jadi jika lelaki Asia hendak dibandingkan dengan lelaki Eropah, India atau Pakistan, memang tidak sama.

Jika baka zakar kecil, maka zakar akan jadi kecil dan ini bukan masalah kesihatan kerana zakar normal boleh mengeras.

Namun, ukuran kecil, iaitu jika kurang daripada enam sentimeter (sm), zakar itu digelar zakar ‘micropenis’. Faraj wanita pula pembukaannya lebih kurang satu sm dan ukuran panjang antara enam hingga sembilan sm, tetapi boleh meluas dan memanjang mengikut acuan zakar.

Oleh kerana bahagian anggota sulit wanita yang merangsangkan wanita letak di luar (klitoris) dan berdekatan G-spot, iaitu langit faraj dan tiga sentimeter dari pembukaan faraj, zakar yang berukuran enam hingga sembilan sm masih mampu memberi kepuasan syahwat kepada wanita berkenaan.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sebilangan wanita berasa lebih teruja dengan saiz zakar yang luar biasa.

Pada masa ini, semua pil, krim dan alat pam didapati tidak berkesan serta membazirkan wang. Kaedah ‘somatoterapi’ atau suntikan minyak cendana kepada anggota sulit hanya mengakibatkan keradangan isi dan mengakibatkan bahagian itu membesar, tetapi tidak panjang, malah zakar akan kelihatan kontot.

Sehubungan itu, jangan cuba kaedah mengarut itu yang dipasarkan oleh beberapa pengamal bukan doktor, tabib atau pembantu hospital. Jika sudah besar, zakar kelihatan macam kena sakit untut. Pemulihan ialah melalui pembedahan, lagi mahal dan tidak pulih dengan sempurna! Ramai artis terperangkap dengan kaedah ini.

Kaedah yang diuji kaji ialah kaedah penarik otot zakar atau ‘Penile Extension’ dengan menggunakan alat penarik zakar. Kini, ada beberapa model yang murah dan tidak pernah dikaji, kecuali alat penarik zakar yang dikenali sebagai ‘Andropenis’.

Maklumat mengenai alat ini ada dalam laman www.andromedical.com. Saya syorkan anda berjumpa doktor terlebih dulu untuk menjalani pemeriksaan sama ada zakar anda kecil atau biasa. Kadangkala dalam keadaan tertentu kedudukan ereksi tidak mantap dan ereksi kecil.

Dalam keadaan yang ghairah dan teruja, ereksi boleh menyemarak dan membesar secara luar biasa.

Sumber: hmetro.com.my
DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby
Tag » Pam, Vakum, Alat, Lelaki, Kecil, Besar,

Latest referer to this entry



LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: Javascript
CONTOH
LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: PHP

Top

Pengiklanan
Pengiklanan BeliLagi.Com
Sila klik pada link pengiklanan untuk lebih lanjut
Beli Lagi

BeliLagi.Com | Kedai BeliLagi | Katalog Produk | Produk PILIHAN | Affiliate | Artikel | Sitemap

( 11 ) Hakcipta Terpelihara 2007 - 2010 BeliLagi.Com. Rekabentuk dan sistem website oleh Golden Design Technology.
BeliLagi.Com, Golden Design Technology, Peti Surat 2, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.