Masalah Haid, senggugut, sakit payudara

BeliLagi.Com » Artikel BeliLagi » Wanita » Masalah Haid, senggugut, sakit payudara

ARTIKEL: Autocare | Buku | Ibu | Isteri | Lelaki | Rawatan | Suami Isteri | Wanita |

24th
Jan

Masalah Haid, senggugut, sakit payudara

Kategori » Wanita | Hits: 4875 | Produk ID 1185202606

Produk Khasiat Bumi Senggugut


Produk Khasiat Bumi Senggugut • Menghilangkan sakit sebelum dan semasa datang haid. • Mengatur kitaran haid secara normal • Melancarkan perjalanan darah. • Mengatasi masalah darah haid yang berlebihan atau datang lebih dari hari maksimum (lebih dari 7-8 hari). • Memperbetulkan kitaran pusingan haid agar datang setiap bulan pada waktu yang tepat. • Mengatasi masalah keguguran (benih perempuan lebih sihat, kuat dan berkualiti) • Mengatasi masalah kesukaran mendapatkan zuriat/anak. • Mengatasi risiko barah rahim. • Mengatasi risiko barah payudara. • Membaiki sistem hormon menjadi lebih baik dan sempurna. • Menghilangkan masalah jerawat dan melicinkan kulit muka. • Seuai untuk remaja perempuan yang baru sahaja mula baligh atau perempuan yang selalu mengalami masalah sengugut, masalah jerawat tumbuh dimuka dan badan kerana hormon tidak menentu. Lihat Produk...
Tag: Haid Wanita , Darah Haid , Period , Datang Bulan , Sakit Perut
Kategori: Produk Khasiat Bumi


Masalah senggugut yang teruk

Doktor,
Saya berumur 27 tahun dan baru sahaja mendirikan rumah tangga. Saya ingin bertanya adakah masalah senggugut isteri saya yang teruk akan berterusan selepas berkahwin dan adakah kesannya terhadap masalah untuk mengandung?

Adakah juga ubat-ubatan farmasi atau klinik yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah senggugut ini? Tolong bantu saya.

- Suami risau

Jawapan

Masalah senggugut yang dialami oleh isteri encik kemungkinan tinggi disebabkan oleh penyakit endometriosis.

Walaupun ada sebab-sebab lain yang boleh menyebabkan senggugut, maklumat yang telah encik berikan membawa kepada diagnosis yang paling ketara merupakan endometriosis.

Dalam keadaan endometriosis, wanita biasanya mengalami senggugut dan mungkin juga sakit bila membuat hubungan kelamin dengan suami.

Kemungkinan organ-organ di pelvisnya telah melekat (adhesion) atau juga tiub fallopiannya boleh tersumbat.

Keadaan endometriosis boleh terjadi kepada sesiapa pun dan kadangkala didapati berlaku di kalangan adik-beradik.

Sebab sebenar terjadinya endometriosis sehingga hari ini tidak jelas walaupun ada postulasi yang mengatakan terjadinya pendarahan ‘retrograde’ ke dalam pelvis yang menyebabkan keadaan ini.

Untuk mengetahui sebab sebenarnya senggugut isteri encik, sebaiknya isteri encik perlu diperiksa oleh doktor pakar sakit puan.

Selain daripada ujian ultrasound untuk melihat jika ada sista (bengkak ovari), ujian leproskopi juga boleh dijalankan untuk memastikan ianya endometriosis dan juga untuk melihat jika terdapat jika tiub fallopian yang tersumbat atau tidak.

Jika diagnosis yang dibuat doktor adalah endometriosis, ubat-ubat tertentu boleh digunakan untuk mengubati keadaan ini dan dia juga digalakkan cepat mengandung.

Sebab-sebab lain senggugut adalah jangkitan pelvis (pelvic inflammatory disease) dan kadangkala disebabkan fibroid terutamanya jenis bertangkai (pedunculated fibroid).

Maka, isteri encik perlu diperiksa secara teliti untuk mendapat diagnosis yang tepat dan perlu diberi rawatan yang sewajarnya secepat mungkin supaya penyakitnya tidak melarat sehingga susah dirawat kelak.

Sakit payudara sebelum haid

Doktor,
Saya berumur 18 tahun. Saya menanggung sakit payudara setiap kali selama seminggu atau dua minggu sebelum kedatangan haid.

Hampir setahun saya menghadapi masalah ini. Kesakitan pada payudara saya sering kali mengganggu rutin harian saya sebagai seorang pelajar.

Saya telah membuat pemeriksaan payudara sendiri dan mendapati tiada sebarang kesan benjolan pada payudara saya.

Masalah ini menjadi semakin rumit apabila setiap kali saya mandi kerana saya pasti merasa perit pada bahagian puting.

Apakah masalah sebenar saya? Adakah saya menghadapi risiko terkena kanser?

– Gadis derita, Pahang

Jawapan

Sakit payudara ini adalah satu keadaan yang dialami oleh ramai wanita iaitu hampir 70 peratus wanita akan mengalami sakit payudara pada sesuatu masa.

Anda risau mengenai barah payudara apabila mengalami sakit ini.

Adalah didapati kurang daripada 3 peratus wanita yang mengalami sakit ini menghidapi barah payudara dan golongan wanita seperti ini biasanya ada tanda-tanda lain.

Ramai wanita yang mengalami sakit payudara sebelum kedatangan haid. Biasanya kedua-dua payudara terasa sakit pada masa yang sama dan sakit ini terasa sehingga ke ketiak.

Tiada ketulan atau benjolan yang didapati pada payudara dalam keadaan ini.

Masalah ini biasanya mula terjadi pada umur 20-an atau 30-an dan berakhir apabila menopaus dicapai.

Keadaan ini terjadi sebab payudara sesetengah wanita lebih sensitif kepada perubahan hormon.

Langkah-langkah yang anda boleh lakukan untuk mengurangkan sakit ini adalah seperti berikut:

1) Memakai pakaian yang tidak terlalu ketat.

2) Pengambilan diet makanan yang kurang lemak

3) Cuba elakkan minuman seperti kopi dan minuman ringan bergas

4) Mengambil EPO (evening primrose oil) atau suplemen vitamin E.

Kebanyakan cara untuk mengubati keadaan ini akan mengambil masa beberapa bulan untuk menunjukkan hasil.

Maka anda perlulah bersabar dan jangan putus asa. Jika cara dan ubat ini mengurangkan sakit maka sebaiknya diambil berterusan untuk sekurang-kurangnya enam bulan.

Jika berterusan, cuba berjumpa doktor pakar untuk nasihat dan ujian lanjut.

Sumber: Utusan
Oleh Dr. Fatima Najla KM Muhd Jaafar Pakar Perbidanan dan Sakit Puan, Kelana Jaya Medical Centre (KJMC) .

Latest referer to this entry



LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: Javascript
CONTOH
LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: PHP

Top

Pengiklanan
Pengiklanan BeliLagi.Com
Sila klik pada link pengiklanan untuk lebih lanjut
Beli Lagi

BeliLagi.Com | Kedai BeliLagi | Katalog Produk | Produk PILIHAN | Affiliate | Artikel | Sitemap

( 12 ) Hakcipta Terpelihara 2007 - 2010 BeliLagi.Com. Rekabentuk dan sistem website oleh Golden Design Technology.
BeliLagi.Com, Golden Design Technology, Peti Surat 2, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.