Tips penjagaan Payu Dara Atau Buah Dada

BeliLagi.Com » Artikel BeliLagi » Wanita » Tips penjagaan Payu Dara Atau Buah Dada

ARTIKEL: Autocare | Buku | Ibu | Lelaki | Rawatan | Suami Isteri | Wanita |

22nd
Apr

Tips penjagaan Payu Dara Atau Buah Dada

Kategori » Wanita | Hits: 1420 | Produk ID 1207330421

Singlet Tongkat Payudara, Breast Sharper and Supporter


Singlet Tongkat Payudara, Breast Sharper and Supporter Baju Dalam penyokong dan pembetulan payudara. Sangat berkesan untuk menengahkan belakang badan. Keistimewaan menstabilkan dan mengencangkan payudara. Mengandungi infra-merah nanometer untuk pembentukkan payudara yang cantik dan berseri-seri. Pakai selalu untuk payudara yang menawan.. suami pasti tertawan. Lihat Produk...
Tag: buah dada , bra , tongkat madura , padat , seksi
Kategori: Produk Khas Wanita Idaman


Setiap wanita pasti inginkan bentuk payudara atau buah dada yang cantik, montok dan ideal, sebabnya buah dada dan payudara merupakan pelengkap kecantikan bagi seseorang perempuan. Mungkin saja kita sudah sering mendengar, bahawa hanya untuk cantikkan bentuk buah dada atau payudara sahaja sehingga ke luar negeri. Sedangkan sekiranya ia  dilakukan rawatan awal lagi teratur bentuk buah dada tidak akan cepat mengendor.

Kebanyakan kaum wanita yang sudah beberapa kali melahirkan anak, malah
yang baru saja bersalin, risau dengan buah dadanya. Wanita mengandai
dengan menyusukan bayi mereka, bentuk payudara akan menjadi cepat
kendor. Kerisauan seperti ini sepatutnya tidak perlu apabila kaum ibu
mengetahui bagaimana caranya merawat bauh dada seawal mungkin dengan
baik dan teratur.

Yang perlu diperhatikan pertama sekali, pada masa membersihkan puting
susu dengan air hangat. Ini dimaksudkan untuk membersihkan lemak yang
menyumbat di saluran air susu. Inilah adalah kerana lemak itu boleh
menyumbat lubang keluar susu dan ia dapat menimbulkan rasa sakit
akibat bengkak. Apabila buah dada mengalami pembengkakan jangan
dipaksakan dengan memicit, karena ia boleh menyebabkan jaringan
pembuluh darah rosak dan bentuk payudara akan menjadi kendor.
Sebaiknya tuamkan dengan kain halus yang direndam dengan air hangat
dan minyak zaitun secara berganti-ganti, pasti buah dada atau payudara
dapat kembali kepada bentuk normal.

Jangan Lupa Memakai coli yang bersesuaian dengan perempuan menyusu.
Coli dikatakan sebagai saudara kandung payudara, karena dapat
melindungi payudara, dengan coli ia juga dapat menampung agar bentuk
buah dada atau payudara tetap indah dan cantik. Coli yang baik adalah
yang tidak terlalu menarik ke atas payudara atau tidak terlalu
kekecil, namun begitu harus tetap kuat menyangga buah dada, payudara
hanyalah terdiri dari gumpalan daging dan lemak, tanpa tulang
menyokongnya.

Untuk pengetahuan gadis remaja jangan melepaskan coli meskipun keadaan
itu sedang menjadi ikutan sekarang. Ingatlah tanpa sokongan coli
bentuk payudara itu sendiri lama kelamaan boleh berubah bentuknya.

Menyusu badan adalah salah satu tugas ibu, sama tanggung jawab seperti
memberi makan dan pendidikan pada anak-anak. Air susu ibu itu sendiri
merupakan makanan yang paling baik dan bebas dari kuman. Apabila
menyusu bayi, apa yang perlu diperhatikan adalah sikap atau posisinya,
jangan berbaring ke kanan atau ke kiri, sebab ini akan mempengaruhi
bentuk payudara. Menyusui bayi sambil berbaring biasanya dilakukan
oleh ibu yang mengantuk, sedang ia membahayakan bayi jika kepalanya
tertindih dengan buah dada. Sikap yang ideal adalah sambil duduk
tegak, punggung bayi bisa ditampung dengan bantal supaya ibu tidak
perlu membongkok. Disamping itu ia dapat mengelakkan kepenatan, juga
untuk mencegah agar payu dara itu tidak terlalu tertarik kebawah
sehingga payu dara tidak mengelebeh.

Penggunaan masker payudara tentu saja boleh digunakan bila sudah tidak
menyusu lagi. Masker ini gunanya untuk mengembalikan bentuk payudara
kembali semula, masker payudara ini boleh dibuat sendiri dengan bahan-
bahan yang mudah didapati. Iaitu dengan 10 helai daun anjuang dan 3
biji pinang. Kedua bahan ini dicuci bersih lalu ditumbuk sampai halus.
Apabila masker ini telah siap, sapukan keseluruhan payudara, kecuali
putingnya. Lakukan perkara ini seminggu sekali menjelang tidur atau
sewaktu lapang, hingga bentuk buah dada atau payudara tegang.

Petua untuk suami isteri. Jika berkesempatan, pancutlah air mani pada
dada wanita. Air mani itu kemudiannya disapu seluruh kedua-dua buah
dada dalam pusingan jam. pastikan ia disapu rata. Tunggu ia kering
sebelum membersihkan ia dengan air. Petua ini dikatakan dapat
menegangkan buat dada wanita.

Salah satu perawatan payudara atau buah dada yang mudah dan murah
adalah dengan melakukan senaman ringan setiap pagi atau petang,
bertujuan untuk menguatkan otot-otot dada.

Sumber:
Original Website Changjaya Abadi Deleted. Extract from archive. Sin
She Chang 2001. Disesuaikan untuk bacaan dalam Bahasa Malaysia.

Latest referer to this entry



LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: Javascript
CONTOH
LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: PHP

Top

Pengiklanan
Pengiklanan BeliLagi.Com
Sila klik pada link pengiklanan untuk lebih lanjut
Beli Lagi

BeliLagi.Com | Kedai BeliLagi | Mengenai Kami | Hubungi Kami | Pengiklanan | Artikel

( 3 ) Hakcipta Terpelihara 2007 - 2009 BeliLagi.Com. Rekabentuk dan sistem website oleh Golden Design Technology.
BeliLagi.Com, Golden Design Technology, Peti Surat 2, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan.