Usia bukan penghalangKategori » Lelaki | Hits: 661 | Produk ID 1204729127
 Menambah stamina dan tenaga dan tahan lama, Merangsang nafsu sexual lelaki, Merawat masalah sexual lelaki, Memantapkan fizikal dan emosi, Merangsang kesegaran otak, Merawat kemurungan, Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, Menambah keseimbangan hormon. Menambah stamina dan tenaga dan tahan lama, Merangsang nafsu sexual lelaki, Merawat masalah sexual lelaki, Memantapkan fizikal dan emosi, Merangsang kesegaran otak, Merawat kemurungan, Meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita, Menambah keseimbangan hormon Lihat Produk...
Tag:
mentalk
,
candy
,
gula-gula
,
ajaib
,
sex
Kategori: Pelbagai Produk Kesihatan
|
|
SETIAP manusia ada kemampuan untuk melakukan hubungan intim yang
berkekalan sehingga ke akhir hayat, melainkan mempunyai masalah
kesihatan. Justeru, ada lelaki ‘tua’ masih mampu melakukan hubungan intim dan ada pula yang gagal.
Hakikatnya, ada beberapa perubahan yang akan berlaku kepada
fungsi dan kemampuan syahwat apabila umur meningkat dan ia adalah
perubahan semula jadi.
Selepas usia 40 tahun misalnya, tahap
kekerasan ereksi kurang antara 10 hingga 20 peratus dan jika otot
lantai pelvis (otot kemut) kurang aktif, tahap ereksi menurun lima
hingga 10 peratus dan jika perasaan keghairahan berkurangan, tahap
ereksi akan terus menurun lima hingga 10 peratus.
Jika pasangan
tidak bersedia untuk bersetubuh tetapi anda masih mahu teruskan, anda
akan mengalami masalah untuk melakukan penembusan, malah ereksi anda
akan bengkok!
Jika dipaksa, darah dalam otot zakar akan keluar dan ereksi akan kendur.
Begitupun, otot kemut boleh dimantapkan dengan mengamalkan senaman
kemut atau kegel dan tingkatkan tahap keghairahan dengan menghebatkan
lagi proses pemanasan atau ‘foreplay’ dengan pasangan dan ia membantu
mengembalikan tahap ereksi.
Itupun jika anda tiada masalah kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Kajian yang pernah dilakukan satu ketika dulu untuk mengesan masalah
disfungsi erektil (ED) di kalangan lelaki Malaysia mendapati, gaya
hidup memainkan fungsi penting dalam mempengaruhi kemampuan ereksi.
Kebanyakan lelaki yang mengalami masalah ED didapati mengamalkan gaya
hidup tidak sihat seperti merokok, minum minuman keras, tidak bersenam,
obes (kegemukan) dan mengalami tekanan.
Apabila amalan gaya hidup sihat, kemampuan ereksi lebih sempurna.
Merokok dan minuman keras adalah dua amalan gaya hidup yang berpengaruh kuat kepada fungsi ereksi.
Apabila amalan itu tiada lagi, daya ereksi menjadi lebih kukuh dan sempurna jika tiada masalah kesihatan.
Justeru, tidak hairan jika insiden mati pucuk di kalangan lelaki Jepun
berusia lebih 40 tahun tinggi jika dibandingkan dengan lelaki negara
ini kerana kebanyakan lelaki Jepun merokok dan minum arak!
Kajian sama juga mendapati penyakit kencing manis, tekanan darah tinggi
dan penyakit koronari memberi kesan buruk kepada fungsi ereksi.
Penyakit lain termasuk masalah prostat dan semua penyakit berkenaan
perlu mendapat penyelesaian supaya kemampuan ereksi menjadi lebih
sempurna.
Selain itu, ada lelaki yang mengalami masalah kolesterol dan kekurangan hormon testosterone menyebabkan dia mengalami ED.
Pendek kata, pelbagai masalah boleh dikaitkan dengan masalah ereksi dan
ia perlu dikendalikan secara menyeluruh dan sempurna, bukan sekadar
makan ubat kuat atau berjumpa tukang urut.
Kajian susulan
mengenai ereksi juga mendapati, masalah ereksi bukan saja membabitkan
salur darah ke otot zakar, malah memberi gambaran masalah berkenaan
juga boleh berlaku kepada sistem ‘circulatori’ atau sistem perjalanan
darah secara menyeluruh.
Malah, didapati lelaki yang mengalami
ED mungkin mengalami masalah koronari atau kolesterol dan ED mungkin
petanda awal penyakit lebih serius berlaku dalam badan individu itu.
Justeru, jika individu itu hanya memakan ubat kuat atau mendapat
bantuan daripada tukang urut, masalah lebih serius tidak dapat dikesan
dan jika dibiarkan, risikonya menjadi lebih buruk.
Diharap, lelaki yang bermasalah akan membuat pemeriksaan moden dengan berjumpa doktor keluarga.
Jika perlu, temui doktor pakar. Jangan mudah terpedaya dengan cerita
ubat kuat atau cara rawatan urutan yang anda sedia maklum bukan cara
yang betul.
Mungkin ada perubahan, tetapi realitinya ada banyak lagi masalah kelak.
Latest referer to this entry
LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: Javascript
|
CONTOH
|
LINK / BANNER BELILAGI (syndicate) Style: PHP
|
|
| Pengiklanan |
|
 |
|
BeliLagi.Com | Kedai BeliLagi | Mengenai
Kami | Hubungi Kami | Pengiklanan | Artikel |