Wanita muda risau belum hamilBeliLagi.Com » Artikel BeliLagi » Suami Isteri » Wanita muda risau belum hamil |
|||||||||||||
ARTIKEL: Autocare | Buku | Ibu | Isteri | Lelaki | Rawatan | Suami Isteri | Wanita |
20th Wanita muda risau belum hamilKategori » Suami Isteri | Hits: 1309 | Produk ID 1197884496
SAYA berusia 18 tahun dan suami pula 22 tahun. Kami sudah berkahwin hampir 11 bulan lalu namun tiada tanda hamil. Haid saya teratur setiap bulan dan saya tidak pernah mencuba sebarang kaedah untuk hamil. Apakah faktor usia yang masih muda boleh mengakibatkan sebarang masalah jika hamil? Jawapan PADA usia anda, kemungkinan hamil tanpa bantuan rawatan kesuburan berada pada tahap yang paling tinggi. Selepas seseorang perempuan mengalami haid pertama, kesuburannya bermula cuma mungkin tidak teratur untuk beberapa bulan pertama. Selepas itu, kesuburannya memuncak memandang kan usia telurnya masih awal. Anda dinasihatkan menjalani pemeriksaan doktor, ini termasuk pemeriksaan fi zikal, ultrabunyi sistem peranakan (rahim dan ovari) melalui faraj serta ujian darah hormon (lazimnya hanya hormon asas memandang kan kitaran haid anda teratur). Suami juga seeloknya menjalani ujian air mani. Hamil pada usia anda termasuk dalam kategori berisiko tinggi dan dinasihatkan mendapatkan penjagaan antenatal oleh doktor serta bersalin di hospital. Keadaan rangka pelvis, risiko penyakit darah tinggi (hipertensi) termasuk praeklampsia dan sawan (eklampsia), kelahiran pramatang, gangguan pertumbuhan janin serta risiko pembedahan Caesarean adalah antara risiko berkaitan kehamilan usia belasan tahun. Di samping itu, faktor psikologi atau persekitaran berkaitan juga perlu diberi perhatian. sumber: hmetro PAKAT SAKIT PUAN bersama Dr. Adilah Ahmat Latest referer to this entry
BeliLagi.Com | Kedai BeliLagi | Katalog Produk | Produk PILIHAN | Affiliate | Artikel | Sitemap |
|||||||||||||
![]() |
|||||||||||||
| ( 14 ) Hakcipta Terpelihara 2007 - 2010 BeliLagi.Com. Rekabentuk dan sistem website oleh Golden Design Technology. BeliLagi.Com, Golden Design Technology, Peti Surat 2, 47000, Sungai Buloh, Selangor Darul Ehsan. |
|||||||||||||